Saturday, October 30, 2010

28.10.2010

28.10.2010

aku tidak tahan untuk menunggu lagi. menunggu kepastian yang aku rase pada saat itu seolah-olah tidak memihak pada diriku.. instinct(gerak hati) aku sememang nya amat kuat. sesiapa yang rapat dengan aku , aku akan dapat merasa instinct nya dalam diriku.. ini lah sedikit kelebihan yang ada pada diriku. sememangnya perkara-perkara sebelum ini juga telah berlaku dan ia betul mengikut instinct aku.

aku telekup kepala aku. menyumbat earphone di telinga sambil mendengar lagu pada volume yang maximum. inilah tabiat aku apabila berada dalam keadaan serabut and tension. suka duduk bersendirian di dalam bilik dan memendam perasaan marah yang terbuku ini. lama-lama dengar lagu terasa sejuk sikit.. tiba-tiba terasa air panas mengalir membasahi pipi. tidak mampu untuk menahan nya lagi. aku seorang perempuan yang punye hati dan jiwa yang sangat lembut. sangat sensitif. aku menangis buat sekian lama nya. teresak-esak. dalam waktu itu apa yang ada dalam fikiran aku adalah DIA...

terus aku menuju ke tandas mengambil wuduk dengan mata yang bengkak-bengkak dan hidung yang merah. malu dengan jiran-jiran sebelah bilik aku yang memerhati aku. solat sunat 2 rakaat meminta agar ku diberi kekuatan. sejam meminta kepada Nya, aku kembali normal tetapi dengan sedikit kesedihan. terasa ketenangan di jiwa selepas itu. aku bersyukur ke hadrat Nya kerana memberi aku kekutan di saat genting ini.

selepas itu mahu menghubungi keluarga, tapi takut mereka risau. kerana merekalah amat memahami diriku. akhirnya jariku ligat memberi message pada kawan baikku.. dialah tempat luahan hatiku. ingin meluah pada kawan di uia, tetapi aku paham, masing-masing busy dengan exam. 

tidak putus-putus aku meminta kepada Nya agar memberi aku petunjuk dan kekuatan dalam menerima dugaan ini. aku hanya mampu berserah. Dia lah yang merancang segala nya. sekarang, aku tengah study untuk exam esok pada pukul 9 am. tiada mood untuk study. mood study seolah-olah hilang dalam sekelip mata. 

aku bukan seorang yang suka marah-marah tanpa sebab. bila aku marah pada seseorang itu, hatiku sekejap sahaja lembut untuk memaafkan nya walaupun ape orang itu buat pada diriku sama skali tidak boleh dimaafkan lansung. tetapi kenapa hati ini begitu lembut untuk memaafkan insan itu walaupun di mulut sangat marah kepadanya. walaupun marah terhadap insan itu, hati ini masih mengharap kehadiran orang itu.  apa yang telah berlaku, memang tidak boleh dilupakan dan aku semakin hari menjadi seorang yang sangat tidak mempercayai manusia. 

kadang-kadang terasa ingin menunjuk kepada insan itu pada suatu hari nanti aku akan berjaya. aku ingin menunjuk kepadanya aku telah berjaya tanpa nya. bila fikir balik, entahlah. malas nak fikir masalah itu balik.
seriously, ia amat memberi kesan yang sangat mendalam..
akan cuba pulih di rumah after abis exam 4hb ini.. akan cube muhasabah diri..
kerana aku tahu Allah amat meyayangi aku.. 
(^-^) 
TAMAT